17
Tue, Sep
43 Artikel Baru

PAS Bkt Gantang rai anak yatim Ummu Sofiah

Berita
Typography
BUKIT GANTANG: PAS Kawasan Bukit Gantang telah mengadakan majlis berbuka puasa meraikan 18 anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Ummu Sofiah Kampung Jarum Mas, Trong, di sini semalam.
 
Program sempena Ramadan itu sebagai memenuhi tuntutan Allah S.W.T supaya setiap Mukmin prihatin dan mempunyai kepedulian terhadap hal ehwal golongan tersebut.
 
Menurut Ahli Jawatankuasa Urusan Ulamak PAS Bukit Gantang, Ustaz Abdullah Wahab, menerusi majlis sedemikian menjadi kesempatan untuk menyantuni anak yatim selain beramah mesra dengan mereka.
 
Beliau yang hadir selaku perasmi mewakili Ketua Urusan Ulamak PAS Bukit Gantang turut menyampaikan sumbangan duit raya untuk menceriakan sambutan Aidil Fitri anak-anak itu nanti.
 
"Program ini tidak terhenti hari ini saja kerana aktiviti seperti ini adalah sebahagian proses ke arah masyarakat prihatin dan saling menyayangi," ujarnya.
 
Turut serta pada keraian dalam majlis itu adalah Pengurus Pusat Jagaan Ummu Sofiah, Faridah Abdul Karim. - HARAKAHDAILY 13/5/2019