19
Fri, Jul
47 Artikel Baru

Pimpinan PAS Lumut jadi tetamu Mesyuarat MIC

Berita
Typography
LUMUT: Pimpinan PAS Kawasan Lumut telah memenuhi undangan sebagai tetamu utama pada Mesyuarat Perwakilan MIC Bahagian Lumut Ke-25 yang diadakan di Pejabat MIC Lumut, Sitiawan, di sini semalam.
 
Ketua MIC Lumut, Dato' Elango Vadiveloo berucap menyentuh hubungan kedua parti di mana beliau merasa terharu atas kunjungan Presiden PAS ke Pejabat MIC Kebangsaan baru-baru ini.
 
Katanya, kunjungan tersebut dan kehadiran pimpinan PAS Lumut pada majlis semalam sebagai satu petanda baik terhadap persada politik tanah air.
 
Yang DiPertua PAS Lumut, Rasli Abdul Rahman pula dalam ucapannya memetik ayat 13 surah al-Hujurat yang dimaklumkan beliau adalah ayat sama dibaca Presiden PAS ketika kunjungan ke Pejabat MIC.
 
Kekaguman para perwakilan MIC pada Mesyuarat Agung itu jelas terserlah apabila memberi tepukan gemuruh setelah mendengar terjemahan maksud ayat tersebut.
 
Berucap dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, beliau sempat menerangkan salah faham negatif mengenai pimpinan PAS dan juga Islam, selain menyangkal dakwaan jahat yang timbul.
 
Pimpinan PAS Lumut yang turut hadir ialah Setiausaha, Hamidon Ahmad dan Ketua Muslimat, Rohawati Abidin, selain Naib Ketua Umno Bahagian Lumut, Dato' Azri Jaafar. - HARAKAHDAILY 13/5/2019
IMG 20190513 WA0213