17
Wed, Jul
47 Artikel Baru

Meninggal ketika solat Isyak

Berita
Typography

BUKIT GANTANG: Shaharudin Nordin meninggal dunia selepas sujud dua rakaat berjemaah solat Isyak di Masjid Sungai Bemban, Kuala Trong, malam tadi.

Beliau berkhidmat sebagai tukang masak di Masjid Sungai Bemban, Kuala Trong hampir 12 tahun dengan tidak mengambil sebarang upah atau bergaji.

Masanya banyak di masjid, khidmatnya memasak untuk setiap pengajian dan majlis-majlis masjid dan berbuka puasa.

Rebahnya tengah solat Isyak. Moga disambut oleh para malaikat yang sama berjemaah ketika itu.

Orangnya bukan kaya tetapi bil air masjid beliau uruskan setiap bulan.

Pihak masjid tidak tahu berapa bayar bulanan. Hanya senyuman yang diberi bila ditanya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan bersama para syuhada' dan solihin. Amin. – HARAKAHDAILY 13/5/2019