21
Tue, May
32 Artikel Baru

Pemuda PAS-MIC Johor bertemu julung kali

Berita
Typography
JOHOR BAHRU: Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah mengadakan kunjungan mahabah menemui Pemuda MIC Johor di Pejabat MIC Johor, di sini hari ini.
 
Delegasi pimpinan Ketua Pemuda PAS Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz itu disambut dengan kalungan 'malai' oleh Ketua Pemuda MIC Johor, Sathiaseelan Rengasamy.
 
Kunjungan tersebut rentetan hubungan yang telah terjalin lebih awal melibatkan kepimpinan di peringkat nasional di mana saling berbalas kunjungan ke pejabat kedua pihak.
 
Pada pertemuan tersebut, Pemuda PAS dan Pemuda MIC Johor sempat membincangkan beberapa perkara melibatkan kebersamaan kedua pihak menggerakkan agenda.
 
Menurut Ustaz Nawfal, antaranya berkaitan usaha-usaha kebajikan rakyat, selain tindakan bersama dalam mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dan agama.
 
Beliau berharap pertemuan julung kali secara rasmi itu akan menjadi titik penting dan benih kepada keharmonian kaum yang perlu disuburkan di negara ini.
 
Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Subramaniam Balakrishnan serta Timbalan dan Naib Ketua Pemuda PAS Johor, Faizal Rizal Abd Hamid dan Ustaz Azlan Alias. - HARAKAHDAILY 12/5/2019
IMG 20190512 WA0076
 
IMG 20190512 WA0075