21
Tue, May
32 Artikel Baru

Jaga imej parti di media sosial

Berita
Typography

KOTA BHARU: Ahli dan penyokong PAS diminta lebih bertanggungjawab terhadap sebarang tulisan di media sosial bagi menjaga imej parti.

Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kalau hendak menulis apa pun mesti ada sikap kebertanggungjawaban.

Katanya tulisan hendaklah berdasar sumber yang betul, tidak berupa fitnah atau maklumat tidak benar.

"Tetapi asasnya kita harus bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis, parti kita tidak boleh lindungi perkara yang tidak benar.

“Kita harap semua ahli mesti bertanggungjawab menyampaikan tulisan walaupun marah kita membuak-buak," katanya ketika ditemui di sini.

Media melaporkan polis semalam menahan seorang lelaki yang didakwa sebagai anggota Jabatan Amal PAS bagi membantu siasatan kes menyebarkan berita palsu di media sosial.

Hantaran di Facebooknya didakwa memfitnah seorang menteri. - HARAKAHDAILY 8/5/2019