26
Wed, Jun
17 Artikel Baru

Tazkirah pimpinan utama di Dewan Zulkifli Muhammad

Ustaz Ahmad Yakob menyampaikan tazkirah Ramadan.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Berbeza berbanding tempat-tempat di mana program kuliah dan tazkirah agama tetap diadakan di Kelantan sempena Ramadan.

Malah program tazkirah juga diadakan di Kota Darulnaim yang disampaikan Menteri Besar dan anggota-anggota Exco.

Di Dewan Zulkifli Muhamad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan turut diadakan tazkirah Ramadan yang bermula semalam dengan pelancaran disempurnakan Pesuruhjaya PAS negeri Ustaz Dato' Ahmad Yakob.

Tazkirah 20 minit itu diadakan selepas solat Zohor berjemaah.

Hari ini tazkirah di Dewan Zulkifli Muhammad akan disampaikan Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Manakala esok tazkirah Ramadan akan disampaikan Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah. Pada Isnin hadapan pula tazkirah serupa akan disampaikan Ketua Penerangan PAS negeri Dato’ Mohd Nassurudin Daud.

Tazkirah Ramadan diadakan setiap hari kecuali Jumaat. Tazkirah terakhir akan diadakan pada 28 Ramadan dijangka disampaikan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Mohd Asri Mat Daud.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri menggalakkan rakyat menyemarakkan Ramadan dengan berbuat amal ibadat dan memperbanyakkan sedekah.

"Kita galakan rakyat melakukan amalan yang mendatangkan kebaikan sempena Ramadan yang mana ganjaran lebih besar. Jadi setiap ruang di bulan ini hendaklah dipenuhi pelbagai amalan,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan, Ketua Dewan Ulamak Dato' Hassan Mohamood; Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Dato' Che Abdullah Mat Nawi dan bendahari Dato' Hanifa Ahmad. - HARAKHDAILY 8/5/2019