26
Wed, Jun
17 Artikel Baru

PAS Pulau Pinang seru solidariti untuk Palestin

Berita
Typography
TINDAKAN kejam Israel ke atas rakyat Palestin ketika umat Islam menyambut bulan mulia Ramadhan mesti dikutuk sekerasnya.
 
Serangan demi serangan dilancarkan tanpa mengira kanak-kanak, wanita dan insan yang lemah telah menjadi mangsa korban kekejaman tindakan Zionis Israel.
 
Semakin hari angka korban semakin bertambah, sedang umat Islam di Malaysia dengan aman menyambut kedatangan Ramadan.
 
Justeru, saya mengajak dan menyeru seluruh rakyat Malaysia tidak kira agama dan latar belakang politik untuk menyatakan solidariti buat mereka di sana. Ini bukan lagi isu agama, tetapi lebih kepada nilai kemanusiaan yang mesti dipertahankan.
 
Kerajaan Malaysia mesti menjuarai isu ini di mata dunia. Kepada NGO yang telah menghantar bantuan ke sana mewakili seluruh rakyat Malaysia, tahniah saya ucapkan.
 
Kepada yang tak mampu ke sana, hulurkan sedikit sumbangan kita dan jangan sesekali kita lupa untuk mendoakan mereka di sana. Mudah-mudahan berkat Ramadhan ini, Allah S.W.T menurunkan bala tentera-Nya bagi membantu mereka di sana yang tertindas.
 
YB USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH
Ketua Penerangan
PAS Negeri Pulau Pinang
8 Mei 2019 | 3 Ramadhan 1440 - HARAKAHDAILY 8/5/2019