17
Wed, Jul
47 Artikel Baru

Loji telah beroperasi sepenuhnya

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), ahli kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan pelanggannya bahawa Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) telah beroperasi sepenuhnya dan pemulihan bekalan air secara berperingkat sedang berlangsung.

Menurut Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berdasarkan pemantauan di tapak, beberapa kawasan telah mula mendapat bekalan air awal pagi tadi.

Katanya, proses meningkatkan paras kolam-kolam perkhidmatan serta menstabilkan tekanan dan aliran di sistem agihan masih sedang giat dijalankan.

“Proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat dan akan berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung pada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan dan pihak kami akan mengemaskini status terkini dari semasa ke semasa,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Air Selangor komited dan berusaha bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terjejas.

Pelanggan dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini di www.syabas.com.my, Facebook “Air Selangor”, Twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor, yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store.

Untuk bantuan bekalan air kecemasan, hantar SMS Tanker <Nama><Alamat> ke 15300 atau WhatsApp ke: 019-281 6793 atau 019-280 0919. - HARAKAHDAILY 25/4/2019