19
Wed, Jun
26 Artikel Baru

Kala Fest ketengah produk usahawan tempatan

Hanifa mencuba sate jeliro.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kelantan Authentic Lifestyle and Arts (Kala Fest) diharap menjadi medan pengusaha di negeri itu memperkenalkan produk untuk diketengahkan kepada orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, Kala Fest merupakan agenda pembangunan usahawan untuk membantu pengusaha industri kecil dan sederhana.

“Kerajaan negeri melalui PKINK dan agensi lain mengadakan program latihan untuk membantu rakyat menjadi usahawan.

“Di peringkat Dun kita ada tempat latihan kursus jahitan dan kulinari khususnya untuk wanita,” katanya ketika merasmikan KalaFest 2019 di UTC di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus, anggota-anggota Exco, wakil rakyat, pegawai kerajaan dan artis Mustapha Kamal.

Program itu berlangsung selama lima hari bermula 24 April lepas.

Hanifa juga berkata, kerajaan negeri melalui Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita menyediakan Pusat Latihan Wanita OKU dan Armalah di Bazar Siti Aisyah bagi memberi pendedahan ilmu kemahiran kepada mereka.

Katanya, usaha tersebut diharap dapat melahirkan peserta sebagai seorang usahawan berjaya pada masa akan datang. - HARAKAHDAILY 25/4/2019