20
Tue, Aug
30 Artikel Baru

Tuan Guru jamu Ustaz Azhar nasi dagang

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kunjungan Ustaz Idrus di rumah anaknya, Ustaz Yusuf di Kampung Rusila, pagi tadi.

“Pagi ini menerima kunjungan tetamu Ustaz Azhar Idrus di rumah anakanda Yusuf dan menjamu sarapan nasi dagang,” tulis beliau menerusi laman Facebook.

Tambahnya, ada seorang sahabat yang bertanya bilakah waktu untuk berehat daripada kerja-kerja agama.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjawab bila liang lahad mula digali.

“Semoga Allah tetapkan hati kita bersama di atas jalan agama Islam dan perjuangannya,” ujarnya lagi – HARAKAHDAILY 24/4/2019

tgua1