24
Fri, May
17 Artikel Baru

Mangsa ribut Dun Alor Pongsu diberi bantuan

Berita
Typography
BAGAN SERAI: Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Kawasan Bagan Serai telah menziarahi mangsa ribut di sekitar Batu 3 Jalan Kuala Kurau, di sini semalam.
 
Kunjungan tersebut turut disertai isteri Adun Gunung Semanggol, Nidhaal Hashim dan Skuad Prihatin Muslimat Dun Alor Pongsu serta wakil daripada Wanita Umno.
 
Sebanyak tujuh keluarga telah dilawati delegasi itu dan melihat sendiri keadaan kediaman mereka yang rosak dipukul ribut pada kejadian lewat petang kelmarin.
 
Hampir semua rumah mereka mengalami kerosakan struktur bumbung, selain juga kerosakan pada ruangan dan peralatan di dalam rumah.
 
Ujian tersebut sememangnya agak menguji semua keluarga tersebut yang rata-ratanya berpendapatan rendah, selain memiliki tanggungan ke atas keluarga.
 
Selain anak-anak yang masih bersekolah, ada antara mereka memiliki ahli keluarga warga emas, Orang Kelainan Upaya, sakit, bayi kecil dan juga penyewa di situ.
 
Sehubungan itu, semua mangsa telah dibantu sekadarnya menerusi sumbangan yang telah disampaikan pihak delegasi pada kunjungan tersebut.
 
Dalam meniti musibah menimpa itu juga, mangsa dititip dengan nasihat untuk bersabar dan mengingati ianya ketentuan dari Allah untuk diambil iktibar. - HARAKAHDAILY 18/4/2019
IMG 20190418 WA0047
 
IMG 20190418 WA0045