24
Tue, Sep
22 Artikel Baru

PAS ziarah lagenda penarik beca Teluk Intan

Berita
Typography
TELUK INTAN: PAS Kawasan Teluk Intan telah menziarahi penarik beca, Din Omar berusia 91 tahun yang dianggap tokoh lagenda tertua mengayuh kenderaan tradisi di bandar sejarah itu.
 
Beliau kini terlantar keuzuran dan menetap bersama anak tunggalnya, Jamilah Din yang juga ibu tunggal dikunjungi rombongan di Taman Muhibbah, Jalan Maharajalela, di sini semalam
 
Lawatan PAS Teluk Intan tersebut diketuai Timbalan Yang DiPertua, Rostam Malik dan Ketua Muslimat, Robi'atun Mohd Abas dan Pengerusi Lajnah Kebajikan, Ustaz Mohd Lutfi Shamsudin.
 
"Ikut surat beranak, pakcik lahir tahun 1930. Masa umur 18 tahun pakcik masuk Askar Melayu, tapi berhenti kerana sakit. Selepas itu dalam tahun 1960 pakcik mula bawa beca.
 
"Masa tu bawa beca kaki dengan upah 30 sen bawa penumpang dari Menara Condong ke sekitar Pekan Teluk Anson. Tapi sekarang pelanggan makin kurang, ramai dah ada kenderaan sendiri.
 
"Kalau ada pun lagi kebanyakannya para pelancong luar," ujar veteran itu membahasakan dirinya 'pakcik' dalam perbualan mesra walaupun keuzuran sedemikian.
 
Menurut Jamilah, ayahnya itu menyara mereka sekeluarga dengan hasil titik peluh sendiri mengayuh beca, namun berhenti tahun lepas kerana masalah kesihatan dihadapi.
 
Ziarah yang juga menyampaikan sumbangan dan doa buat keluarga itu turut disertai Ketua PAS Cawangan Desa Aman, Khairul Salleh bersama Ketua Pemudanya, Muhd Firdaus Azmi. - HARAKAHDAILY 18/4/2019
IMG 20190418 WA0022
 
IMG 20190418 WA0029
 
IMG 20190417 WA0084