19
Wed, Jun
14 Artikel Baru

Pemuda Kristian lafaz syahadah di Kelantan

Berita
Typography

KOTA BHARU: Hasrat untuk memeluk agama Islam sudah berputik sejak beberapa tahun lalu. Tiba-tiba semangat itu membara ketika berada di Serambi Mekah.

Steven Hii, 41 atau nama Islamnya Shamsul Rahman Hii Abdullah merasakan dirinya paling bertuah apabila berkesempatan mengucap kalimah syahadah di hadapan Menteri Besar Ustaz Dato' Ahmad Yakob.

Shamsul RahmanKatanya, sudah lama beliau merencanakan untuk bertemu pemimpin yang cukup sederhana dan warak setelah mula mengenali Islam pada 2012.

Baginya Ustaz Ahmad adalah idola yang dianggap sebagai seorang tokoh agama yang disegani.

"Saya amat terharu apabila Ustaz Dato' Ahmad bersedia mendengar kalimah syahadah di hadapannya baru-baru ini.

"Ini adalah sebahagian rezeki yang Allah berikan kepada saya selain mempunyai sahabat-sahabat Islam yang baik," ujarnya ketika ditemui hari ini.

Ditanya apa perasaannya selepas memeluk agama Islam, beliau berkata hatinya begitu tenang dan jiwanya juga turut tenteram.

Shamsul berasal dari Marudi Sarawak berada di Kelantan sejak dua minggu lalu sempena Ekspo Perniagaan Islam (IBE) 2019. Ekspo lima hari itu bermula 11 April lalu.

(Ikuti kisah hidup bekas penganut Kristian itu di Harakah cetak edisi akan datang)