26
Fri, Apr
14 Artikel Baru

Desak tindakan tegas hina Nabi dan Islam

Berita
Typography
 إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا
"Sesungguhnya orang-orang yang mencerca Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina."
 
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor melihat senario penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W dan agama Islam semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Seolah-olah segelintir rakyat negara ini mengambil kesempatan di atas keterbukaan kerajaan hari ini.
 
Kami dengan rasa tanggungjawab membuat laporan polis menuntut agar Menteri Agama Dato' Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa mengambil tindakan yang tegas ke atas Asiah Abd Jalil.
 
Kami juga mendesak Dr Mujahid agar membuat kenyataan terbuka kepada semua rakyat Malaysia supaya menghormati Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
 
Dalam masa sama, kami mengajak Asiah Abd Jalil agar bertaubat dan menginsafi atas kenyataan jahatnya terhadap Rasulullah S.A.W dan Islam.
 
"Islam Memimpin"
"Terus Mara"
 
MOHD KHAIRIL HANIFF ARSYAD
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda Kawasan Tasek Gelugor - HARAKAHDAILY 17/4/2019