18
Sun, Aug
17 Artikel Baru

Pecat imam: Percanggahan maklumat kerajaan

Berita
Typography

ALOR SETAR: Pihak berkuasa agama dan kerajaan perlu menjalankan siasatan terlebih dahulu sebelum bertindak menamatkan perkhidmatan seseorang imam kerana dibimbangi ada unsur tidak munasabah.

Ustaz Mohd Isa Shafie (PAS-Belantik) berkata, perkara itu berlaku terhadap Imam Masjid Ar-Rahman Sik, Ustaz Ahmad Husin baru-baru ini.

"Tindakan seumpama itu membangkitkan kemarahan ahli-ahli kariah. Penilaian dan siasatan tidak dilakukan sehingga imam terbabit menerima arahan ditamatkan perkhidmatan," katanya pada persidangan Dun hari ini.

Beliau mengemukan isu tersebut ketika Exco Agama Dato' Dr Ismail Salleh menjawab soalan berhubung fungsi masjid-masjid di Kedah.

Mohd Isa juga berkata, berdasar kenyataan Exco sebelum itu imam berkenaan ditamatkan perkhidmatan kerana melanggar peraturan Majlis Agama Islam membenar tazkirah disampaikan Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di masjid terbabit sebelum ini.

Sedangkan kaa surat yang diterima Ahmad bertarikh 19 Mac memaklumkan dia ditamatkan perkhidmatan atas alasan umur melebihi 60 tahun. - HARAKAHDAILY 15/4/2019