26
Fri, Apr
12 Artikel Baru

Air dibekal ada pelbagai warna

Berita
Typography

ALOR SETAR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah diminta menangani segera krisis air yang begitu kronik berlaku di Dun Tanjung Dawai dan daerah Merbok.

Ustaz Hanif Ghazali (PAS-Tanjung Dawai) berkata, krisis air di kawasan terbabit mengundang pelbagai masalah kepada pengguna.

Malah kata beliau ada ketikanya bekalan air yang diperolehi ada pelbagai warna yang menggambarkan air tersebut tidak dirawat sebelum dihantar kepada pengguna.

"Walau pun sekarang masalah tersebut ada pengurangan namun saya berharap agar dapat diselesaikan segera," ujar beliau pada persidangan Dun hari ini.

Adun Tanjung Dawai juga mempersoalkan mengapa tender penyelenggaraan yang dikeluarkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) pada 11 Mac lalu ditundakan sedangkan penduduk berdepan masalah bekalan air. - HARAKAHDAILY 15/4/2019