17
Wed, Jul
46 Artikel Baru

Kongsi Resepi erat kaum ibu Sungai Acheh

Berita
Typography
NIBONG TEBAL: Muslimat PAS Cawangan Sungai Acheh telah menganjurkan program Kongsi Resepi yang diadakan di kediaman Timbalan Ketuanya, Noriah Bakar, di sini semalam.
 
Program kali kedua perkongsian masakan itu menampilkan chef jemputan terkenal Sungai Acheh iaitu Mak Ani yang mengajar resepi ayam rendang pedas Minyak Lesong.
 
Menurut Ketua Muslimat PAS Sungai Acheh, Musalmah Yusop, program tersebut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama anggota dan masyarakat.
 
Selain itu katanya, menerusi program seperti itu dapat menambah pengetahuan kaum ibu sebagai suri rumah dengan aktiviti yang menjadi rutin dan minat mereka.
 
"Juga sebagai membantu para peserta menyiapkan diri dengan menu mudah menjelang Ramadan bagi disediakan untuk keluarga," ujarnya.
 
Turut hadir adalah Yang DiPertua PAS Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff sebagai tanda sokongan kepada Muslimat PAS Sungai Acheh kepada penganjuran itu.
 
Pihak penganjur turut memaklumkan program itu ditangguhkan pada Ramadan dan digantikan dengan Tadarus Perdana sebelum kembali diadakan Julai nanti. - HARAKAHDAILY 15/4/2019
IMG 20190415 WA0008