19
Thu, Sep
46 Artikel Baru

Klinik Solat dedah aspek kesempurnaan ibadah

Berita
Typography
LUMUT: Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut telah menganjurkan Klinik Solat yang diadakan di Dewan Arena, Taman Samudera, Seri Manjung, di sini semalam.
 
Menurut Pengerusi Lajnah Dakwah Muslimat PAS Lumut, Azmazura Mohamed Hasan, program tersebut bertujuan mendedahkan peserta untuk memahami segala perbuatan dalam solat.
 
Peserta juga maklumnya, diajarkan praktikal yang betul mengenai cara bersuci dari hadas kecil dan besar, selain kaedah menyempurnakan amal wuduk.
 
Ketua Penerangan Muslimat PAS Lumut, Samrah Mat Isa melengkapkan pengetahuan para peserta Klinik Solat siri pertama itu menerusi slot Toharah.
 
Sebagai pengukuhan, para peserta turut dibimbing di dalam kumpulan menerusi slot bengkel praktikal solat dengan tunjuk ajar fasilitator masing-masing.
 
Terdahulu, program telah dirasmikan Ketua Muslimat PAS Lumut, Rohawati Abidin yang mengupas peranan solat dalam kehidupan Muslim.
 
Beliau turut menjelaskan mengenai ilmu yang wajib dituntut antaranya tauhid, syariat, akhlak dan fiqh ketika berucap pada perasmian tersebut. - HARAKAHDAILY 15/4/2019
IMG 20190415 WA0007