22
Mon, Jul
21 Artikel Baru

Kemenangan kita semua – Tok Mat

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: “Kemenangan ini adalah kemenangan kita semua. Alhamdulillah,” ujar Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi laman sosial Facebook beliau, petang ini.

Timbalan Presiden Umno itu yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Rantau semalam turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua jentera Umno, rakan-rakan komponen BN, MCA, MIC serta rakan BN dari PAS, KIMMA, Makkal Sakti dan IPF, NGO, Friends of BN dan di semua peringkat yang bekerja keras.

Beliau yang mesra dengan panggilan Tok Mat juga mengucapkan tahniah dan terima kepada pasukan keselamatan, pihak SPR dan rakan-rakan media.

“Terima kasih kepada pengundi Dun Rantau kerana terus memberi sokongan kepada saya, hanya Allah SWT jua dapat membalasnya,” katanya lagi.

Mohamad yang menjadi calon BN diumumkan memenangi PRK Rantau dengan memperolehi 10,397 undi menewaskan calon Pakatan Harapan, Dr. Streram yang mendapat 5,887 dan dua calon Bebas, R.Malar (83 undi) dan Mohd Nor Yassin (79). – HARAKAHDAILY 14/4/2019