26
Fri, Apr
12 Artikel Baru

Ta'awun PAS - Umno jadi fenomena di Pangkor

Berita
Typography
LUMUT: Kemesraan dan persaudaraan antara dua parti yang berseteru selama ini dilihat semakin erat apabila saling turut mengundang ke majlis persendirian yang dilangsungkan.
 
Demikian itulah PAS Kawasan Lumut dijemput untuk sama meraikan majlis perkahwinan adik kepada Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Lumut, Roslan Ahmad di Pangkor, di sini semalam.
 
Yang DiPertua PAS Lumut, Rasli Abd Rahman dan isteri hadir menyertai para tetamu dari kalangan ahli PAS dan Umno Cawangan Pangkor pada majlis di Arena Square Sungai Pinang Besar itu.
 
"Saya begitu teruja melihat kesepakatan yang terjalin di kalangan PAS dan Umno Pangkor dalam majlis ini. Saya dimaklumkan juadah hari ini disediakan secara gotong-royong oleh ahli PAS dan Umno di sini," ujarnya.
 
Ramai gembira dengan perkembangan antara dua pihak itu mutakhir ini di mana kembali mempertautkan silaturahim, apatah lagi kebanyakan mereka di pulau itu merupakan saudara.
 
Namun, perbezaan parti selama ini disimbolikkan dengan kesepakatan sempena majlis tersebut apabila masing-masing memakai baju-T berwarna putih bersama logo gabungan kedua parti itu. - HARAKAHDAILY 14/4/2019
IMG 20190414 WA0016