19
Thu, Sep
46 Artikel Baru

Lelaki dipercayai pemimpin DAP hina Islam

Berita
Typography

IPOH: Berikutan penularan video ceramah menghina Islam oleh seorang lelaki Cina dipercayai pimpinan DAP, satu laporan polis dibuat oleh anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tambun, Md Lazim Osman, 61 tahun.

Berlatar belakang pemidang Pakatan Harapan di satu lokasi tidak dikenalpasti itu, kandungan ceramah itu memburukkan orang yang memakai serban dan kopiah putih sebagai sangat jahat dan langsung tiada kebebasan.

Menurut Md Lazim yang merupakan bekas anggota polis, beliau memakai serban setelah berpencen sejak 15 tahun lalu dan laporan polis itu sebagai 'covering report' ekoran khuatir ancaman keselamatan dirinya.

Beliau merasa kesal atas kenyataan tidak bertanggungjawab itu yang juga bersifat menjatuhkan imej seluruh orang Islam di mana Md Lazim turut berhasrat merujuk perkara tersebut ke mahkamah untuk tindakan lanjut.

Laporan polis tersebut telah dibuat sendiri oleh beliau di Balai Polis Tambun, di sini pagi semalam. - HARAKAHDAILY 13/4/2019

20190413 171730