24
Fri, May
21 Artikel Baru

PAS - Umno Lumut bertemu julung kali

Berita
Typography
LUMUT: PAS Kawasan Lumut dan Umno Bahagian Lumut bertemu buat kali pertamanya secara rasmi dalam sejarah bagi kedua-dua parti tersebut menerusi majlis makan malam bersama di Sitiawan.
 
Majlis menemukan kepimpinan tertinggi kedua pihak itu berlangsung dalam suasana muhibah dan perkenalan antara mereka yang diadakan di Dewan Bangunan Umno, di sini semalam.
 
Berucap pada majlis tersebut, Yang DiPertua PAS Lumut, Rasli Abdul Rahman melontarkan erti hubungan kedua pihak kepada tanggungjawab bagi menegak dan mencapai pemerintahan Islam menyeluruh.
 
Manakala Ketua Umno Lumut, Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir melahirkan harapan agar kepentingan ummah diperkukuhkan menerusi jalinan hubungan yang wujud dari kedua pihak.
 
Pertemuan julung kali itu ditutup dengan bacaan doa dari Ketua Urusan Ulamak PAS Lumut, Ustaz Hamid Hassan dan sesi fotografi bersama kedua-dua pihak.
 
Antara yang turut hadir adalah Ketua Pemuda PAS Lumut, Nizar Majid dan Ketua Pemuda Umno Lumut, Mohd Rafiq Mohamad, serta Ketua Muslimat Lumut, Rohawati Abidin dan Ketua Puteri Umno, Mazwin Teh Abdul Rahman. - HARAKAHDAILY 25/3/2019