19
Wed, Jun
24 Artikel Baru

Tambah kakitangan di kawasan kritikal

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff mempersoalkan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) , Hannah Yeoh berkenaan cadangan pihak kerajaan bagi menambah kakitangan di kawasan kritikal yang memerlukan perkhidmatan yang lebih baik terutama bagi kawasan pedalaman.

Ini, katanya bagi mengatasi pelbagai permasalahan dalam melancarkan gerak kerja di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau mengemukakan soalan tambahan itu ketika sesi pertanyaan jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Hannah Yeoh, berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang menghadapi kekangan dalam pegawai kerajaan, kerana JKM adalah ‘closed service’.

Menurut beliau, banyak permohonan terutamanya bagi daerah yang utama telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menambah pekerja.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menyatakan langkah pihak kementerian untuk meneliti semula birokrasi yang terdapat dalam setiap permohonan bantuan kebajikan. - HARAKAHDAILY 25/3/2019