24
Fri, May
21 Artikel Baru

Kelantan perluas program bandar selamat

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kelantan bercadang memperluaskan lagi program 'bandar selamat' dalam usaha membanteras aktiviti jenayah serta gejala sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin berkata, sehingga sekarang tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan usaha tersebut.

Menurutnya, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Majlis Daerah Tumpat dan Majlis Daerah Tanah Merah sudah melaksanakan program berkenaan.

"Baru-baru ini kita ada bertemu dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menyatakan hasrat untuk memperluaskan program bandar selamat kepada PBT lain.

"Kita akan melihat kawasan panas (hot-spot) atau laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenalpasti lokasi-lokasi yang kerap berlaku jenayah," katanya pada persidangan Dun di sini semalam. - HARAKAHDAILY 21/3/2019