17
Wed, Jul
47 Artikel Baru

Kesalahan syariah di Kelantan berkurangan

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kes-kes yang melibatkan kesalahan syariah di Kelantan semakin berkurangan berikutan kerajaan negeri memperkenalkan hukuman alternatif menggunakan pendekatan pendidikan terhadap pesalah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata negeri, Dato’ Mohd Nassurudin Daud berkata, hukuman tersebut sebagai pilihan terhadap hukuman sedia ada termasuk denda atau penjara.

Katanya, pada tahun lepas seramai 600 individu yang melakukan kesalahan syariah dipanggil dalam empat siri khidmat nasihat yang diadakan.

“Peserta yang hadir mulai sedar terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Kita dapati kes-kes jenayah syariah semakin berkurangan sekarang,” katanya ketika menjawab soalan Ustaz Ahmad Fathan Mahmood (PAS-Chempaka) pada persidangan Dun hari ini.

Mohd Nassurudin juga berkata, kesalahan syariah tersebut termasuk khalwat dan berpakaian kurang sopan bagi wanita Islam.

Menurutnya juga kerajaan negeri mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengubal hukuman alternatif termasuk rehabilatasi, takdib dan takzir dalam enakmen sedia ada.

Menjawab soalan tambahan Helmi Abdullah (PAS-Guchil) katanya kesalahan gay yang melibatkan lelaki dengan lelaki dikategori kesalahan liwat. - HARAKAHDAILY 20/3/2019