18
Thu, Jul
30 Artikel Baru

Sultan Kelantan rasmi persidangan Dun

Berita
Typography

KOTA BHARU: Pembukaan persidangan penggal kedua sidang Dun Kelantan ke-14 hari ini disempurnakan Sultan Muhammad V di Kompleks Kota Darulnaim.

Ketibaan baginda kira-kira jam 11.15 pagi disambut Speaker Dun Kelantan Dato’ Abdullah Yakub dan timbalannya Dato’ Abdul Fattah Mahmood.

Turut sama menyambut keberangkatan baginda Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, timbalannya Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhamad dan anggota-anggota Exco.

Turut berangkat pada majlis berkenaan Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. - HARAKAHDAILY 18/3/2019