23
Mon, Sep
22 Artikel Baru

Hati-hati hadapi gelombang haba

Berita
Typography

KANGAR: Sehingga 5.20 petang semalam Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) melaporkan sebanyak 21 kawasan berada di tahap satu iaitu suhu mencecah 35 hingga 37 darjah Celcius.

Antaranya Chuping di Perlis yag dijangka akan berlarutan selama tiga hari.

Sehubungan itu Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli menasihati orang ramai lebih berhati-hati menghadapi gelombang haba yang berlaku sekarang.

“Banyakkan minum air bagi mengelakkan daripada diserang penyakit.

“Jika boleh, kurangkan aktiviti luar sepanjang musim kemarau sekarang,” katanya yang juga Adun Sanglang. - HARAKAHDAILY 18/3/2019