18
Thu, Jul
39 Artikel Baru

SPM: Kejayaan cemerlang tempoh 10 tahun

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kerajaan negeri merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar yang cemerlang SPM sehingga mencipta nama di peringkat negara.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, kejayaan itu merupakan satu kecemerlangan dalam tempoh 10 tahun peperiksaan tersebut.

“Kelantan mencatat Gred Purata Negeri sebanyak 4.84. Tahniah saya ucapkan kepada pelajar, guru dan ibubapa di atas kejayaan terbabit,” katanya di sini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Abdullah Mat semalam dilapor berkata, kejayaan pelajar peperiksaan SPM di Kelantan berlaku peningkatan sebanyak 0.11 berbanding 4.95 pada 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan turut melahirkan rasa gembira di atas pencapaian itu. - HARAKAHDAILY 15/3/2019