Kutuk serangan di New Zealand

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mengutuk sekeras-kerasnya serangan tembakan rambang di dua buah masjid menjelang solat Jumaat di bandar Christchurch, New Zealand.

nz2"Saya memohon supaya pihak berkuasa dapat melakukan siasatan yang adil kerana sebelum ini jika berlaku serangan, maka akan dikaitkan dengan pengganas Islam.

"Tetapi pada hari ini umat Islam menjadi sasaran penembak ketika sedang menunaikan solat Jumaat," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, keganasan tidak mengenal agama dan juga bangsa. Apa jua yang berlaku di atas nama keganasan adalah merupakan perkara yang wajib dibanteras.

Beliau berharap agar umat Islam minoriti di New Zealand terus bersabar dan tabah serta bersatu hati dalam menghadapi ujian seperti ini.

"Saya juga menyeru kepada umat Islam di seluruh dunia supaya dapat menghulurkan bantuan yang diperlukan oleh saudara seagama kita.

"Dengan izin Allah, kita mengharapkan masyarakat Islam antarabangsa tidak menutup mata di atas kezaliman dan serangan keganasan yang berlaku," tegas beliau. – HARAKAHDAILY 15/3/2019