18
Sun, Aug
27 Artikel Baru

Jom wakaf Madrasah Ustaz Norazli di Kem Rohingya

Berita
Typography
PUSAT Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) masih terkejut dan bersedih dengan pemergian mengejut Timbalan Pengarah PASRelief, Almarhum Ustaz Norazli Musa pada 12 Mac lalu di Madinah.
 
Sesungguhnya PASRelief telah kehilangan penggerak utama aktiviti kemanusiaan dan beliau adalah antara pengasas Pusat Bantuan Kemanusiaan PAS (PASRelief) ini. 
 
Seluruh ahli PAS telah kehilangan seorang ikon kemanusiaan, malah beliau juga adalah ikon kemanusiaan bagi Malaysia. Beliau telah menabur bakti untuk aktiviti kemanusiaan sejak 1990-an sehingga penghujung hayatnya.
 
Bagi mengenang jasa dan pengorbanan beliau sejak puluhan tahun membantu insan-insan yang menderita, mangsa peperangan dan bencana, PASRelief akan membina sebuah Madrasah di Kem Pelarian Muslim Rohingya di Kutupalong, Bangladesh melalui konsep wakaf nama beliau.
 
PASRelief mengajak ahli PAS dan rakan-rakan almarhum dalam berbagai lapangan, sama ada lapangan dakwah, kemanusiaan dan aktivis kemasyarakatan untuk mewakafkan wang tunai atas nama Ustaz Norazli Musa bagi membina sebuah pusat pendidikan anak-anak pelarian Rohingya.
 
Projek tersebut akan dimulakan segera dan satu tapak yang sesuai telah diperolehi. Kos pembinaan madrasah dengan 5 bilik darjah yang boleh dimanfaatkan oleh 250 pelajar pada satu-satu masa itu dijangka memerlukan dana RM20,000 sahaja.
 
Sementara itu kos untuk menampung gaji guru-guru dan peralatan murid adalah sekitar RM25,000 setahun.
 
PASRelief berharap rancangan ini akan mendapat sambutan orang ramai di Malaysia untuk sama-sama berwakaf atas nama Ustaz Norazli Musa melalui akaun Maybank 5640 7061 1352 (Tabung Kemanusiaan Antarabangsa) atau 5640 7061 2333 (PASRELIEF).
 
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengarah
Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) - HARAKAHDAILY 15/3/2019