Jabatan Amal bantu mangsa pencemaran

Berita
Typography

PASIR GUDANG: Jabatan Amal Malaysia (JAM) antara pasukan terawal turun padang ketika berlaku sesuatu bencana, bahkan turut memainkan peranan penting dalam situasi pencemaran kimia yang sedang berlaku di sini.

Tinjauan Harakahdaily di Pusat Operasi JAM di Taman Pasir Putih, sempat menemui salah seorang ibu kepada seorang mangsa kanak-kanak yang mengalami simtom batuk dan muntah akibat pencemaran tersebut.

Nurul Hajarrah Raya hadir mendapatkan rawatan untuk anaknya Qaiser Qarwish, 6 tahun.

Beliau menyedari keadaan anaknya bermula dengan batuk dan muntah sejak awal pagi tadi.

Bagaimanapun, katanya anaknya itu kelihatan lesu dan pucat ketika ditemui di pusat operasi tersebut.

Sehubungan itu, Jabatan Amal Malaysia termasuk Unit Kor Medik dan Penyelamat berfungsi sebagai penyelamat dan perubatan turut berperanan memberi rawatan.

Semua sekolah di Pasir Gudang diarah ditutup serta merta berikutan pencemaran kimia Sungai Kim Kim yang telah menjejaskan kesihatan pelajar di kawasan terbabit sejak beberapa hari lalu.

Pada 10 Mac lalu, satu jawatankuasa menangani pencemaran Sungai Kim Kim telah ditubuhkan melibatkan beberapa agensi kerajaan. – HARAKAHDAILY 14/3/2019

pg13