27
Mon, May
15 Artikel Baru

Tiada sungai di Kelantan tercemar

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kelantan sehingga sekarang tidak tersenarai dalam kategori 32 sungai tercemar di negara ini.

Berdasar maklumat Majlis Air Negara (MAN) 32 sungai tercemar tersebut melibatkan sungai di enam negeri.

Sungai tercemar dikategorikan mempunyai kadar parameter E.Coli dan total coliform yang tinggi.

Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Mohd Fariz Mat Rahim berkata, berdasar maklumat MAN tidak ada sungai di Kelantan berada di bawah kategori tercemar.

Baru-baru ini anggota Exco Dato’ Sr Azami Mohd Nor berkata, kerajaan negeri mengenal pasti punca berlaku kekeruhan air sungai di Kelantan.

"Sungai kita cuma mengalami kekeruhan sahaja bukannya tercemar dengan bahan kimia atau toksik lain yang bermaksud air tidak boleh diminum.

“Masalah kekerohan air sungai dibincang pada mesyuarat Exco baru-baru ini,” katanya.

Oleh itu kata beliau agensi kerajaan berkaitan diarah mencari punca dan mengatasi masalah terbabit. - HARAKAHDAILY 11/3/2019