23
Thu, May
34 Artikel Baru

Kenyataan Guan Eng gugat hubungan kaum

Berita
Typography

KANGAR: Selama hampir 62 tahun sejak mencapai kemerdekaan rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman, manakala hubungan antara kaum terjalin harmoni.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, rakyat berharap keadaan itu dapat dikekalkan sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan agama.

Bagaimanapun katanya, situasi itu agak tergugat dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dianggap boleh mencetuskan unsur-unsur perkauman sehingga memecah kestabilan negara.

“Sebagai seorang menteri Lim Guan Eng sepatutnya menyatupadukan rakyat tetapi perkara sebaliknya berlaku,” katanya selepas membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung DAP di Ibu Pejabat Polis Kangar, malam tadi..

Enam laporan polis dibuat wakil daripada PAS, Umno, MCA dan MIC serta tiga kawasan lagi di negeri ini.

Baru-baru ini Guan Eng dalam satu kenyataan dilapor menyebut kerjasama Umno dan PAS dianggap sebagai pengisytiharan perang kepada bukan Melayu. – HARAKAHDAILY 11/3/2019