19
Wed, Jun
24 Artikel Baru

MAT Pemuda Kemaman kekal penyandang Ketua

Berita
Typography

KEMAMAN: Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman Kali Ke-38 telah berjaya dilangsungkan di PASTI Adam, Mak Chili, di sini semalam.

Perasmiannya telah disempurnakan Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Hilmi Harun dan dihadiri seramai 100 perwakilan, tetamu dan pemerhati.

Hadir sama memeriahkan majlis adalah Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Alias Abd Hamid dan Adun Air Putih, Abd Razak Ibrahim serta Adun Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.

Pemilihan mesyuarat tersebut menyaksikan tiga jawatan utama menang tanpa bertanding iaitu Ketua Pemuda, Ustaz Ramlan Mahmood dan Timbalan, Ustaz Syed Syahrunuddin Syed Mohd Sah, manakala Naib, Ustaz Ahmad Khairuddin Mohd Zaki.

Seramai lapan Ahli Jawatankuasa dipilih perwakilan pula ialah Ustaz Mohd Nakhaie Mohd Nafiah, Ustaz Ahmad Dasuki Mohd Tahir, Wan Faisal Wan Abdullah Zulhilmi Saiful Aznan, Ustaz Abu Faqehah Azman, Ahmad Shahrim Ibni Hajjal, Wan Mohd Zawawi Wan Hassan dan Mohd Zulnajmi Mohd Zaib.

Sementara itu, menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Tetap adalah Mahadi Mahmood dan Timbalan Pengerusi Tetap oleh Azman Mohammad, manakala Pemeriksa Kira-kira ialah Wan Razali Wan Mansor dan Aziz Salleh.

Dalam majlis sama turut disampaikan Anugerah Ikon Anak Muda kepada Muhammad Nurhilmi Mohd Zor dan Anugerah Tokoh Istiqamah kepada Allahyarham Ustaz Long Kamaruddin, Allahyarham Ustaz Zulnurdin Ismail dan Allahyarham Othman Abdullah. - HARAKAHDAILY 10/3/2019 

IMG 20190310 WA0087

IMG 20190310 WA0086

IMG 20190310 WA0089

IMG 20190310 WA0090 

IMG 20190310 WA0091