24
Fri, May
22 Artikel Baru

Modul TASTI dibangun tenaga pakar PAS

Berita
Typography

KOTA KINABALU: Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI) dibangunkan ke arah untuk melahir generasi yang sayangkan Allah S.W.T dengan menggabungkan persekitaran mereka kepada keagungan Allah.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga Muslimat PAS Malaysia, Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali berkata, modulnya telah dibangunkan oleh para pakar pendidikan kanak-kanak dalam PAS.

"Modul TASTI ini bukan diceduk daripada mana-mana modul (sewenang-wenangnya), sebaliknya ia adalah hasil usaha beberapa pakar pendidikan kanak-kanak dalam PAS yang membangunkannya," ujar beliau.

Siti Ashah yang juga Adun Merbau Pulas berkata demikian ketika dalam rangka lawatannya bagi merasmikan TASTI Aiman di Papar dan TASTI Baby Caliphs di Sepitang, di sini semalam.

Beliau dalam ucapannya turut menekankan kepentingan Asma 'ul-Husna dalam kegiatan harian anak-anak asuhan, selain peranan ibu bapa meluangkan masa bersama anak mereka.

Para ibu bapa dan pengasuh juga serunya, perlu bersama-sama membantu bagi memperbaiki kekeluargaan menurut acuan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu. - HARAKAHDAILY 7/3/2019 

IMG 20190307 WA0004

IMG 20190307 WA0005

IMG 20190307 WA0006