24
Tue, Sep
22 Artikel Baru

Kelantan sedia anjur Sukma 2024

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kelantan membuat persediaan untuk menganjur Sukan Malaysia (Sukma) pada 2024, kata anggota Exco Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.

Katanya kerajaan negeri akan mengenal pasti jenis-jenis acara sukan yang bersesuaian dengan dasar Membangun Bersama Islam (MBI).

“Kementerian Belia dan Sukan bersetuju memberi hak penganjuran Sukma kepada Kelantan pada 2024,” katanya pada taklimat Program Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) di sini semalam.

Taklimat disampaikan Pengarah U-Bes Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin.

Wan Roslan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO berkata, makluman mengenai perkara itu diberitahu Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman ketika datang ke Kelantan baru-baru ini. - HARAKAHDAILY 4/3/2019