POLIS Israel dilaporkan telah menangkap dua kanak-kanak Palestin, Amir Abu Ramila, 8, dan Hatim Abu Ramila, 10, di rumah keluarga mereka di Bet Hanina, wilayah utara Jerusalem, semalam

Laman web Palestinian Information Center melaporkan, pasukan polis Israel mendakwa dua kanak-kanak bersaudara yang masih di bawah umur itu ditangkap kerana mereka melempar batu ke jalan nombor 20 di utara Jerusalem.

Sebelum itu, polis penjajah zionis itu juga menangkap seorang kanak-kanak, Muhammad Majdi Athiyah dari Isawiya di tengah kota al-Quds.

Penangkapan Majdi Athiyah adalah sebahagian daripada operasi penangkapan yang dilakukan polis Israel terhadap 22 rakyat Palestin di seluruh wilayah Tebing Barat termasuk al-Quds, pagi semalam.

22 Mac 2004 ialah tarikh yang diingati oleh semua penyokong perjuangan pembebasan bumi Palestin. Jasad insan yang telah renta dibunuh dengan dahsyat oleh Regim Zionis. Sosok pemberani yang inspiratif ini berkerusi roda, seolah mencium bau kesyahidannya, keluar daripada masjid yang berhampiran rumahnya pagi itu, bergegar dengan tembakan roket daripada helikopter musuh sehingga tercabik jasadnya. Wajahnya tersenyum dalam kubangan darah yang mewangi. Beliau ialah pendiri HAMAS dan seorang tokoh pejuang yang lama terpenjara dalam jeriji besi Israel.

Penentangan berdarah terhadap negara haram Israel tidak pernah berhenti kerana regim ini sentiasa dahagakan darah orang beriman seperti kes pembunuhan di Shabra dan Shatila, pembunuhan di Masjid Ibrahimi Hebron dan ratusan lagi kes pembunuhan kejam yang mewarnakan bumi ini dengan warna merah darah penindasan.

Dalam tahun-tahun 60-an dan 70-an perjuangan Israel lebih terarah kepada kelompok Sosialis dan Kebangsaan Arab yang sempit. Ternyata ideologi Barat ini tidak mampu untuk menggerunkan Israel yang hanya mampu memahami bahasa bom dan senapang. Kini sudah tiba masanya mereka kembali kepada perjuangan Islam seiring dengan kebangkitan Islam yang sedang bergelora di seluruh dunia.

Kembali kepada nuansa perjuangan yang berteraskan kepada Islam, berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W, maka pada bulan Disember tahun 1987 Sheikh Ahmad Yasin bersama beberapa orang tokoh masyarakat (pendukung-pendukung Ikhwanul Muslimin di Gaza) mengasaskan Pergerakan Kebangkitan Islam (HAMAS) atau dalam Bahasa Arab disebut Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah. Pertubuhan ini secara langsung membawa fikrah Ikhwanul Muslimin dan menyeru rakyat Palestin berjuang atas dasar Islam dan menentang penjajahan Yahudi di Palestin. Sheikh Ahmad Yasin sendiri dipilih sebagai pemimpin tertinggi dan beliau merupakan ideologue gerakan ini yang terkenal dengan sifat warak, berani, lantang berpidato, sedia berkorban dan mempunyai aura kepimpinan.

Ideologi perjuangan HAMAS dinyatakan di dalam perlembagaannya yang diisytiharkan pada 18 Ogos 1988. Antaranya ialah:

●     Dasar dan manhaj HAMAS ialah Islam yang lengkap.

●     HAMAS adalah gerakan kemanusiaan yang mengambil kira toleransi Islam yang membenarkan penganut-penganut agama lain tinggal bersama masyarakat Islam.

●     Palestin adalah tanah Islam sejak turun temurun hinggalah hari kiamat. Ia tidak boleh dibelah bahagi atau diserahkan kepada pihak lain. Ia bukan milik mana-mana individu, pertubuhan ataupun Raja dan Presiden Negara-negara Arab. Ia adalah milik Islam yang mesti dipertahankan.

●     Jihad menentang kezaliman Yahudi adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam lelaki dan perempuan. Dalam hal ini, wanita yang keluar berjihad tanpa izin suaminya adalah tidak berdosa.

●     HAMAS menolak usaha melengah-lengahkan kemenangan seperti perjanjian damai, persidangan-persidangan dan sebagainya. Hanya jihad sahaja jalan penyelesaian bagi isu Palestin.

●     Kelompok wanita memainkan peranan besar dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin. Mereka perlu berperanan melatih, mentarbiah dan mendidik serta melahirkan generasi yang faham Islam dan berakhlak mulia serta bersemangat tinggi untuk membebaskan tanah air mereka.

●     HAMAS menghormati pandangan gerakan-gerakan Islam yang lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam. Ia juga turut menganggap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pimpinan Yasir Arafat sebagai ‘sahabat’, tetapi menolak fahaman sekular gerakan itu.

HAMAS mempunyai sikap yang tegas terhadap penubuhan pemerintahan Islam, tanpa kompromi maka gerakan ini menolak Perjanjian Damai sementara antara Israel dan Palestin pada tahun 1993-1994. Mulai tahun 1994 HAMAS telah memulakan serangan berani mati terhadap Israel. Fenomena ini menjadi igauan paling buruk bagi orang Yahudi. Dalam tahun 1996 sahaja empat serangan bom dalam musim bunga telah diadakan menyebabkan 60 orang penduduk Israel telah terbunuh.

Kebangkitan kedua Palestin selama empat tahun setengah telah menyaksikan seramai 3500 rakyat Palestin terbunuh dan 1000 penduduk Israel terkorban.

Dengan menubuhkan HAMAS, rakyat Palestin yang selama ini tanpa arah yang jelas mencari jalan perjuangan, kini bergabung tenaga melakukan satu kebangkitan menyeluruh atau lebih dikenali sebagai Intifadhah. (Ibnu Ismail: 2004).

Peristiwa yang menyebabkan tercetusnya kebangkitan (Intifadhah) ini ialah tindakan sebuah lori besar milik Yahudi yang sengaja melanggar dua buah lori kecil milik umat Islam menyebabkan empat orang terbunuh dan yang lain cedera.

Peristiwa ini adalah faktor sementara bukan faktor mutlak, kerana terdapat faktor-faktor lain yang meransang fenomena ini. Bermulalah intifadhah dan penentangan terbuka rakyat Palestin dengan melontar batu, membakar tayar di jalanan bagi menghalang kenderaan tentera Israel dan melempar Molotov Cocktail ke arah musuh. Rakyat Palestin gagal mendapatkan senjata api kerana sempadan negara ditutup dan dikawal ketat oleh pihak Israel dan Negara-negara Arab yang bersempadan namun gerakan HAMAS berjaya mendapatkannya secara sulit dan menyimpannya dalam gudang khas mereka seperti stor bawah tanah.

Bagi penduduk awam Palestin walaupun tidak memiliki senjata api, mereka keluar ke jalan-jalan raya melontar batu dan melastik pasukan tentera Yahudi. Bagi tentera Yahudi (dalam sejarah Yahudi adalah penakut, suka melakukan secara sembunyi: lihat kisah Rasulullah S.A.W dalam peristiwa Bani an-Nadhir pada bulan Rabiul Awwal tahun keempat Hijrah), walaupun mereka tidak berhadapan dengan senjata api, namun batu-batu itu begitu menggerunkan mereka.

Kebangkitan rakyat Palestin sangat membimbangkan Regim Israel. Pada bulan Ogos 1988, tentera Israel menceroboh rumah Sheikh Ahmad Yasin dan melakukan pemeriksaan serta mengugutnya untuk dibuang negeri ke Lubnan bagi mengganggu kebangkitan umat Islam. Namun ugutan itu tidak diendahkan Sheikh Ahmad Yasin dan penyokongnya yang mendambakan mati syahid sebagai citra perjuangan. HAMAS telah meningkatkan operasi membunuh tentera pengganas Israel dengan laungan takbir yang semakin meriah sahut-menyahut di bumi Palestin. Mata-mata Israel dari kalangan bangsa Arab Palestin turut dibunuh oleh pejuang HAMAS yang menganggap mereka sebagai musuh paling merbahaya bagi rakyat Palestin. HAMAS terus gagah berdada dengan kezaliman Regim Zionis serta mendapat dukungan kuat ummah.

Pimpinan mereka ramai yang telah menjadi syuhada seperti Sheikh Ahmad Yasin, Solah Syahadah, Dr Abdul Aziz Rantisi, Dr Nizar Abdul Kader Rayyan dan yang lain-lain. Harakah Islam yang berkubu di Gaza ini kini mencapai usia 31 tahun dan mempunyai hubungan akrab dengan seluruh gerakan Islam termasuk PAS. Nuansa perjuangannya jelas, akidah Islam mestilah menunjangi perjuangan dan tiada noktah henti sehinggalah dimerdekakan setiap inci tanah Palestin yang dijarah Zionis semenjak tahun 1948. - HARAKAHDAILY 22/3/2018

ASSALAMU Alaikum wa Rahmatullahi Wa Bara katuh
 
Ini adalah pengedaran makanan kecemasan, dan bantuan kemanusiaan untuk Rohingya. Kami berada di Buthidaung Arakan, hari ini (semalam) adalah hari keempat, 9 Mac 2018.
 
Kami akan terus mengedarkan makanan kecemasan kepada penduduk Rohingya yang lapar dan orang miskin di Arakan, yang mana disediakan oleh PASRelief Malaysia dan disampaikan oleh Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Ustaz Reazulhaq, wakil dari Malaysia untuk orang Rohingya di dalam Arakan.
 
Kami mengucapkan berbanyak terima kasih dan doa kepada PASRelief Malaysia dan Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Ustaz Reazulhaq atas kesudian membantu orang-orang miskin Rohingya di dalam Arakan. 
 
Kami adalah rakyat Rohingya di dalam Arakan yang hidup dalam keadaan dan situasi yang sangat buruk; tiada siapa yang dapat membantu kami di sini. Dan kami diperangkap oleh para penganut Buddha dan tentera mereka dengan tidak membenarkan kami keluar dan bekerja. Dan kami hidup dalam keadaan lapar dan haus sejak tahun 2012.
 
Ini adalah kali pertama kami menerima makanan kecemasan dan bantuan sejak pembunuhan beramai-ramai pada 2012. Dan semua persatuan amal dan bantuan NGO yang pergi ke kem pelarian Bangladesh untuk memberi sumbangan. Dan kami di sini berada di Arakan hidup dalam keadaan yang lapar dan keadaan yang buruk.  
 
Saudara saudari sekalian, kami sekarang hidup dalam situasi yang bahaya dan di bawah kepungan. Tolong selamatkan Rohingya, tolong berdoa untuk Rohingya di Arakan, di Utara, 80 penduduk masih hidup keadaan lapar dan haus di Arakan.
 
Kami adalah Rohingya yang dianiaya oleh kerajaan Myanmar, dan kami selalu berdoa kepada Allah untuk Parti Islam PAS untuk menang lagi dalam pemilihan umum (PRU) yang akan datang, untuk meneruskan perjuangan Ummah di seluruh dunia. 
 
Berbanyak terima kasih dan doa kepada PASRelief Malaysia dan saudara kita, Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Ustaz Rezaulhaq. Saya ingin mengucapkan terima kasih PASRelief Malaysia, harapan kami agar suara kami sampai kepada semua penduduk di dunia.
 
جزاكم الله خير ا
 
Wassalamu Alaikum wa Rahmatullahi Wa Bara Katuh
 
(Kiriman dari warga Rohingya yang kini masih kekal bertahan di Bauthidaung, Arakan, MYANMAR di mana beliau menjadi 'perantara' etnik Mustad'afin Rohingya dan pihak Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief). Terjemahan bebas oleh HarakahDaily)

DUNIA menyaksikan kekejaman dan kekerasan bersejarah yang melampau berlaku di Timur Ghouta. Lebih ratusan penduduk tidak berdosa terbunuh dalam puluhan serangan udara dan bersenjata oleh rejim tentera Bashar al-Asad. Terbaharu, pengeboman di Timur Ghouta meningkatkan lagi bilangan orang awam yang terkorban.

Dalam pada itu, Jeneral Kanan Amerika Syarikat menuduh Russia sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam mencetuskan ketidakstabilan di Syria.

Tentera Syria dan sekutunya menjadikan Ghouta Timur sebagai sasaran pengeboman antara yang paling dahsyat sejak konflik bermula. Gesaan dari pihak Russia supaya genjatan senjata diadakan selama lima jam gagal dipatuhi oleh pihak tertentu dan tidak menghalang pengeboman daripada berlaku.

Namun begitu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mendapatkan satu resolusi pada Sabtu lalu untuk mendesak genjatan senjata selama 30 hari diadakan di Syria, namun perkara itu tetap tidak dihiraukan oleh Moscow.

Justeru, kami Muslimat PAS menyeru semua umat Islam untuk bangkit mempertahankan saudara seagama kita dan sentiasa mendoakan keselamatan secara berterusan buat mereka di Syria. Kepada Allah kita semua berserah.

Kami menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang serius dan berterusan ke atas episod pembantaian yang dilakukan ke atas umat Islam ini.

Akhirnya, marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan buat saudara kita di Syria. Semoga Islam terpelihara dan kita semua tergolong dari kalangan hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa. Hanya Allah sebaik tempat pergantungan.

NURIDAH MOHD. SALLEH

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
5 Mac 2018 bersamaan 17 Jamadilakhir 1439 - HARAKAHDAILY 5/3/2018

KUALA LUMPUR: Kegagalan kerajaan mengemukakan kepastian serta bukti kukuh terhadap kehilangan pesawat MH370 akan terus menyebabkan ianya dipersoal, demikian tujah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.
 
Tegasnya, perkara itu bukan sekadar isu ia tidak dapat dikesan, tetapi mengenai sebab dan pihak yang terlibat dalam konspirasi kehilangan pesawat tersebut.
 
"Agak sukar untuk dipercayai ia suatu tragedi bencana yang diakibatkan oleh masalah teknikal. Rahsia kehilangan pesawat itu dipercayai di tangan konspirator. Soalnya kenapa ia tidak terdedah?
 
"Kami menegaskan, pihak Kerajaan Malaysia tidak boleh berkompromi dalam isu ini. Bukan sahaja penumpang awam dan krew MH370 itu menjadi korban, malah status kedaulatan Malaysia juga terancam," bidasnya.
 
Kata beliau, adalah tidak masuk akal pesawat itu hilang melalui laluan yang diketahui, tetapi hilang dari radar dan tidak dijumpai hingga hari ini di mana ia melibatkan integriti negara diperhati oleh dunia.
 
Pesawat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dilaporkan hilang dari radar pada 8 Mac 2014 dan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini. -HARAKAHDAILY 12/3/2018

KUALA LUMPUR: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) terus mendokong jihad para penduduk Muslim Rohingya untuk kekal bertahan hidup di kampung halaman mereka dalam negeri Arakan, Myanmar.

Sehubungan itu, PASRelief telah menggerakkan usaha menyalurkan bantuan kecemasan makanan pada November 2017 dan Januari lalu untuk para mustad'afin tersebut agar istiqamah dan sabar menempuh perjuangan mereka.

Terkini, sumbangan buat kali ketiga berjaya sampai ke sasaran serta diagihkan kepada kebanyakan mereka yang berada dalam daerah Buthidaung dan Muangdaw sejak 4 Mac lalu hingga kelmarin.

Menurut Pengarah PASRelief Malaysia, Muhammad Sanusi Md Nor, mereka itu juga memilih bertahan di sana kerana tidak mampu menempuh perjalanan jauh untuk lari ke Bangladesh, selain ketiadaan wang kerana tidak dapat bekerja.

"Sejak (tragedi hujung) Ogos 2017, mereka hidup berkongsi makanan sesama mereka. Bergilir-gilir antara rumah ke rumah dan kampung ke kampung mencari makanan. Bekalan makanan disekat untuk memaksa mereka menjadi pelarian.

"Penghantaran ini dilakukan melalui 'rangkaian' PASRelief yang masih aktif melakukan kerja-kerja kebajikan bekalan makanan di beberapa daerah yang dilanda operasi genocide junta Myanmar dan pelampau Buddha Rakhine," terangnya.

Jelasnya, pada misi kali ini sebanyak RM30,000 disalurkan menerusi dua 'rangkaian' yang diperkenalkan sebagai Ustaz Reazul Haq dan Ustaz Aziz di mana penghantaran itu biarpu sangat sukar, namun sampai kepada sasaran.

Tambah Sanusi yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, kiriman dan penghantaran termasuk dari saudara mereka di luar negara sukar sampai dan masuk kerana sekatan yang dibuat oleh pihak polis dan pelampau.

Selain itu menurutnya, kaum Rohingya di sana menerima sumbangan wang pula perlu membeli padi untuk dikisar mendapatkan beras sebelum ianya diagihkan sesama mereka di kampung-kampung.

Orang ramai diseru terus menghulurkan sumbangan yang boleh disalurkan menerusi akaun Maybank 5640 7061 1352 atas nama Tabung Kemanusiaan Antarabangsa dan sebarang pertanyaan hubungi Mohd Adram Musa di talian 013-384 5555.-HARAKAHDAILY 9/3/2018

HARI ini tanggal 3 Mac 2018. Pada tarikh yang sama 94 tahun dahulu iaitu 3 Mac 1924, jatuhnya sebuah kerajaan Islam yang menaungi seluruh umat Islam dunia. Satu kerajaan sejagat yang dipimpin oleh Bangsa Turki ratusan tahun lamanya akhirnya berkubur jua. Benarlah firman Allah, tiada kerajaan yang akan kekal selama-lamanya baik Islam mahupun kuffar, selain dari kerajaan Allah. FirmanNya:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan raja bagi segala kerajaan! Engkaulah yang memberi kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.

[ali-‘Imran: 26]

Banyak faktor yang menyebabkan jatuhnya dinasti yang paling lama berkuasa di dunia itu. Ratusan sejarawan baik muslim mahupun non-muslim menulis berbagai versi buku dan mengkaji semua aspek asbab musabbabnya kerana ia adalah satu detik hitam yang sangat bersejarah dalam peradaban manusia. Ia bukan sahaja mengejutkan orang Islam, malah memeranjatkan seluruh dunia.

Namun faktor paling utama adalah kejayaan rancangan gerakan Zionis pimpinan si Yahudi Theodor Hertzel sejak abad ke-19 dahulu. Dalang gerakan tersebut terdiri dari beberapa orang penganut Yahudi dan Nasrani lain yang sangat hasad dan cemburu terhadap Islam. Mereka berhimpun atas matlamat politik, tetapi menggunakan kepercayaan agama masing-masing untuk membentuk gerakan tersebut. Allah telah menyatakan amaan dari awal:

وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut ajaran mereka.”

[al-Baqarah: 120]

Zionis menggunakan berbagai cara untuk melemahkan Islam. Mereka menggerakkan dan menyokong misi penjajahan Barat, dan dalam waktu yang sama menyuntik propaganda dalam saf umat Islam sendiri. Dari awal lagi mereka merekrut seorang muslim bernama Mustafa Kamal Atartuk dengan berbagai doktrin dan fahaman songsang. Mereka kemudian menaikkan nama beliau sebagai tokoh pembaharuan Turki.

Oleh kerana pemerintah akhir Uthmaniyyah tidak lagi mewarisi ciri-ciri pemerintahan Nubuwwah sebagaimana yang dimiliki oleh pengasas Uthmaniyyah, Uthman Ortoghol dan tidak juga seperti Sultan Murad, Sultan al-Fateh dan pemerintah-pemerintah awal dinasti tersebut, maka timbullah berbagai penyakit urus tadbir khilafah. Penyelewengan, kezaliman, kemewahan, kemungkaran dan berbagai masalah integriti. Ini semua menyebabkan rakyat marah terhadap pemerintah.

Perkara ini memudahkan Zionis meruntuhkan khilafah dari dalam. Dengan watak Kamal Atartuk yang sengaja dicipta, beliau diposisikan mewakili suara rakyat menentang kebobrokan pemerintah. Dengan itu Atartuk mudah menerima sokongan terutama dari kalangan golongan muda yang terkenal dengan semangat tinggi. Mereka dikenali sejarawan sebagai The Young Turks.

Namun kelemahan golongan muda adalah kebanyakan mereka hanya berjuang atas dasar semangat semata-mata tapi cetek ilmu dan kurang cermat dalam menghadapi tipu daya musuh yang selama ini mengintai-intai ruang untuk menjatuhkan Islam. Kerana terlalu ikutkan amarah terhadap kerajaan, gerakan tersebut menjadi agresif menyebabkan kerajaan Islam bertambah lemah dan lumpuh. Lemah di luar kerana satu persatu taklukannya dikuasai penjajah, dan lemah di dalam dengan gangguan The Young Turks.

Walaupun sedar khilafah Islam sedang diancam kuasa Barat, Young Turks tidak peduli kerana menganggap masalah dalaman itu lebih patut diuruskan. Mereka tidak kisah kerajaan Islam dijajah asalkan hasrat mereka menukar kerajaan terlaksana. Mereka membantu musuh menyebar kebencian di kalangan rakyat Turki terhadap khilafah, bercampur baur antara cerita benar dan rekaan. Mereka dengan bongkaknya menyatakan:

"Usah bimbang dengan Yahudi. Sekali kita ludah, mereka akan hanyut dengan air liur kita!"

Akhirnya dengan kegelojohan golongan muda ini, khilafah tidak dapat bertahan. Khalifah terakhir, Sultan Abdul Hamed II digulingkan oleh tentera dalam peristiwa yang sangat tidak bermaruah. Kemudiannya naiklah Mustafa Kamal Atartuk. The Young Turks bersorak kegembiraan kononnya masalah mereka telah selesai dengan bertukar pemerintah.

Tanpa menunggu lama, Atartuk terus mengumumkan tiada lagi sistem monarki dan mengubah kepada sistem republik. Kemudiannya beliau merubah hampir kesemua nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Turki seperti menegakkan ideologi sekular, mengubah azan kepada Bahasa Turki, mengehadkan aktiviti orang Islam, menukar Masjid Aya Sofya kepada muzium dan memburu setiap ulama yang mengajar Islam sebenar. Malah kekejaman dan kejahatan Atartuk lebih dahsyat dari apa yang pernah dilakukan sekalian pemimpin Uthmaniah.

The Young Turks akhirnya tersedar, langkah mereka menyokong Atartuk adalah silap. Sikap mengikut nafsu amarah sehingga tidak berfikir panjang menyebabkan mereka sendiri beroleh padah. Kegemilangan Islam akhirnya lenyap dengan kegelojohan mereka sendiri. Sanggup mengikut kata-kata musuh Islam dalam menyelesaikan masalah orang Islam.

Namun semuanya sudah terlambat. Kini, tiada guna lagi segala penyesalan. Selama ini mereka tidak mempedulikan firman Allah S.W.T:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu berpaling dari jalan asalmu, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi."
[ali ‘Imran: 149]

Peristiwa ini sepatutnya menjadi pengajaran buat Islam seluruh belahan dunia hari ini. Sikap gelojoh, mengikut hawa nafsu serta mendengar nasihat orang-orang kafir dalam menyelesaikan masalah dalaman umat Islam amat perlu dijauhi. Semua itu adalah punca terpenting hilangnya payung khilafah yang didambakan umat Islam sejagat.

Masalah yang timbul di kebanyakan dunia Islam hari ini pula, adalah berpunca dari ulangan perangai The Young Turks. Yang paling ketara adalah mengikut telunjuk Barat. Ini termasuk pihak yang berani mendakwa diri sebagai The New Ottoman, sedangkan dasar luar mereka sangat patuh kepada perancangan Amerika Zionis. Malah sudah mula membina hubungan dengan kerajaan haram Israel.

Sebenarnya sebelum tanah-tanah air umat Islam menerima kemerdekaan dahulu, penjajah telah siap melantik pengganti mereka dari bangsa tempatan tetapi jahat dan zalim. Tujuannya supaya pemerintahan mereka lambat laun dibenci oleh rakyat, lalu rakyat bangkit menentang kerajaan mereka sendiri.

Kita boleh saksikan hakikat ini telah berlaku di Tunisia, Libya, Mesir, Iraq, Yaman, Syria dan berbagai lagi. Matlamat dari rancangan ini adalah supaya Barat sekali lagi boleh muncul sebagai hero membantu rakyat tertindas, dan kemudian rakyat memberi kepercayaan pada mereka dan memberikan mereka kuasa untuk masuk campur hal ehwal negara. Modus operandi yang sama sewaktu menjatuhkan khilafah dahulu.

Sebagai negara majoriti muslim, Malaysia juga turut tersenarai. Sekiranya langkah bijak tidak diambil, tidak mustahil Arab Spring yang membuktikan kerugian terhadap umat lebih besar keuntungan yang diperoleh akan menerpa ke tempat kita pula. Anak muda Islam hari ini perlu lebih bijak menangani semangat juang yang mereka miliki.

Sementelah hari ini, anasir sosialisme dan marxisme yang radikal kembali menular dalam saf gerakan Islam di banyak tempat. Gerakan ini giat beroperasi di kampus-kampus pengajian dengan menyasarkan golongan Mahasiswa. Anak muda ditipu bahawa ajaran marxisme adalah anti kapitalisme Barat dan Yahudi sedangkan mereka tidak tahu, Karl Marx itu adalah seorang Yahudi dan Soviet Union sendiri termasuk dalam grand design Zionis. Kini, Soviet telah dikuburkan di tanah lahir mereka sendiri. Tetapi dikembangkan semula di tanah air umat Islam.

Inilah hakikat yang telah disuarakan tokoh murabbi Haraki, Dr Fathi Yakan:

"Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangun dan memakmurkan alam. Sayangnya mereka telah dipergunakan orang lain untuk meruntuhkan Islam."

Sekiranya misi Zionis berjalan lancar, lambat laun akan terbinalah kerajaan sejagat di bawah tamadun Amerika Zionis, yang cuba dicanangkan melalui agenda globalisasi. Tiadalah lagi segala tamadun lain termasuk Islam dan akan lahirlah kerajaan sebuah Yahudi sebagai pemerintah baru dunia, menunggu ketibaan Dajjal yang mereka percaya, itulah al-Masih yang akan memimpin mereka merajai dunia. Percayalah globalisasi Barat bukan sekadar teori konspirasi.

Semoga tarikh bersejarah hari ini mampu menyedarkan kita akan bahaya yang sedang dihadapi. Binalah kekuatan sesama Islam, atas dasar 1 akidah dan 1 kiblat. Bebaskan diri dari sengketa sesama kita, dan bersatulah demi masa depan manusia seluruh dunia. Sebesar manapun masalah umat Islam, selesaikanlah secara sebuah keluarga. Jangan libatkan pihak luar yang sangat oportunis terhadap nasib umat Islam.

Firman Allah SWT:

اتَّبِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ وَلَا تَتَّبِعُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ ۗ قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ

(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut selainnya (dari kalangan penguasa dan tokoh) sebagai tempat wala'; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".

[Al-Aaraf:3]

3 Mac 2018

ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 3/3/2018

More Articles ...

Page 1 of 4