Polis Israel tangkap kanak-kanak Palestin

Dunia
Typography

POLIS Israel dilaporkan telah menangkap dua kanak-kanak Palestin, Amir Abu Ramila, 8, dan Hatim Abu Ramila, 10, di rumah keluarga mereka di Bet Hanina, wilayah utara Jerusalem, semalam

Laman web Palestinian Information Center melaporkan, pasukan polis Israel mendakwa dua kanak-kanak bersaudara yang masih di bawah umur itu ditangkap kerana mereka melempar batu ke jalan nombor 20 di utara Jerusalem.

Sebelum itu, polis penjajah zionis itu juga menangkap seorang kanak-kanak, Muhammad Majdi Athiyah dari Isawiya di tengah kota al-Quds.

Penangkapan Majdi Athiyah adalah sebahagian daripada operasi penangkapan yang dilakukan polis Israel terhadap 22 rakyat Palestin di seluruh wilayah Tebing Barat termasuk al-Quds, pagi semalam.