Baitul Maqdis dirobek

Dunia
Typography

DUNIA telah dikejutkan dengan pengisytiharan Jerusalem atau Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Donald J Trump.

Pengisytiharan secara unilateral ini merupakan satu kebiadaban oleh Donald J Trump tanpa mengambil kira bahawa Baitul Maqdis telah menjadi tanah yang menjadi rebutan 3 agama berabad lama. Tanpa mengendahkan pandangan dari negara-negara lain serta membelakangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Donald J Trump telah menunjukkan lagi keangkuhan dan muka sebenar negara Amerika.

Apa yang sedang berlaku ini telah membuktikan apa yang telah diberitakan oleh Presiden PAS beberapa bulan lalu tentang proses pemetaan semula tanah-tanah umat Islam oleh negara barat yang diketuai oleh negara Amerika adalah terbukti benar.

Kelab PAS Ireland ingin menyeru semua umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap pengisytiharan ini.

Kami menggesa agar semua pemimpin negara umat Islam terutamanya Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Abdul Razak agar segera menyatakan bantahan secara serius dan terbuka lantas memberikan tekanan kepada Donald J Trump untuk menarik semula pengisytiharan ini. Dato' Seri Najib perlu mengadakan sidang tergempar Parlimen dengan segera untuk membincangkan perkara yang sangat penting ini.

Marilah sama-sama kita bermunajat kepada Allah swt agar menyatukan umat Islam seluruh dunia serta bangkit bagi mempertahankan tanah umat Islam dalam satu lagi episod tragis dalam dunia umat Islam.

Dr Tengku Nazri
Presiden Kelab PAS Ireland

solidariti