21
Tue, May
32 Artikel Baru

Sekatan: Lebih 1.5 juta warga Gaza hidup miskin

Dunia
Typography

LEBIH daripada 1.5 juta warga Jalur Gaza kini hidup di bawah garis kemiskinan. Penemuan ini disampaikan Ahli Dewan Legislatif Palestin, Jamal Khudhri. Beliau menegaskan bahawa sekatan Israel terhadap Semenanjung Gaza merupakan pelanggaran berat dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Dilaporkan Palestinian Information Center (PIC) hari ini, sekatan Israel juga merosakkan seluruh sisi kehidupan di Semenanjung Gaza tersebut, selain menyebabkan bertambahnya pengangguran yang dapat dilihat pada peningkatan kemiskinan.
 
Jamal Khudhri menegaskan, pembebasan sekatan boleh dilakukan dengan pembukaan seluruh gerbang-gerbang persempadanan sehingga memudahkan barangan dan orang lewat dengan mudah.

Beliau menegaskan pentingnya membuka sekatan laut sehingga para nelayan boleh bebas turun ke laut mencari ikan, selain kemungkinan penerokaan ladang-ladang gas dan pembangunan lalu lintas laut yang menghubungkan Gaza dengan dunia.

Dia menyatakan pentingnya menghubungkan wilayah Semenanjung Gaza dengan wilayah Tebing Barat dengan membuka lalu lintas yang selamat untuk perjalanan individu dan peniaga.

Jamal Khudhri juga menegaskan pentingnya persatuan seluruh Palestin dalam menghadapi sekatan dan kesan bahayanya, menyelesaikan semua masalah yang timbul akibat perpecahan.
 
Yang paling penting ketika ini adalah krisis elektrik, iaitu dengan penghapusan semua jenis cukai bagi bahan bakar khusus untuk penjanaan elektrik, dan turut serta dalam mengukuhkan perjuangan dan mengatasi krisis-krisis yang ditimbulkan oleh krisis elektrik di Gaza. [Islampos]