Sukan SRITI Al-Helmi penuh warna-warni

Berita
Typography
BUKIT GANTANG: Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Helmi Kali Ke-3 telah berlangsung penuh warna-warni di Padang Taman Berkat, Simpang, di sini kelmarin.
 
Perbarisan lintas hormat kontinjen-kontinjen rumah sukan yang tampil kreatif dengan membawa tema buah-buahan membuka tirai kejohanan ini.
 
Gilang-gemilang kejohanan tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Ketua Pengarah SRITI Malaysia, Ustaz Hasan Aladi Ahmad.
 
Banyak acara menarik perhatian hadirin telah berlangsung sepanjang kejohanan sehari itu antaranya larian 100 meter, 4 X 100 meter, serta acara-acara sukaneka.
 
Edisi tahun ini menyaksikan anugerah Olahragawan disandang Muhammad Dzikri Danish Rizan, sementara Olahragawati milik Nurul Izzah Harzahari, kedua mereka dari Rumah Kuning.
 
Rumah Kuning yang juga mewakili ikon Saidina Umar al-Khattab telah mengungguli pungutan mata, sekali gus diumumkan sebagai juara bagi kejohanan tahun ini. - HARAKAHDAILY 26/2/2019