15
Sun, Sep
30 Artikel Baru

Umno-PAS jadikan pembangkang hebat

Nasional
Typography

SIRI-siri kerjasama politik antara dua parti yang tertua di negara ini semakin mengungguli kehebatan kekuatan pembangkang.

Hal ini dilestarikan berikutan kekukuhan peningkatan persefahaman antara Umno dan PAS apabila memiliki matlamat perjuangan bersama dalam hal kedudukan agama Islam, bangsa dan negara.

Melihat kembali rentetan kejayaan ini akhirnya mencipta sejarah buat julung kalinya kerjasama apabila calon BN di PRK Cameron Highlands menundukkan keangkuhan Pakatan Harapan (PH).

Turut disaksikan keakraban dan kemesraan bukan hanya melibatkan antara pimpinan Umno dan PAS malahan juga kepada ahli-ahli bawahan juga menyambut baik keakraban ini.

Lebih menarik lagi apabila ada penyokong Umno hadir di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dun (PRK) Semenyih, Dewan Sri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang hari ini mengenakan t-shirt hijau yang merupakan tema hijau kepada penyokong PAS.

Suasana harmoni ini tidak hanya hidup kepada kaum tertentu, bahkan kaum lain Cina dan India turut merasainya apabila sama-sama hadir hari ini memberi sokongan kepada calon BN, Zakaria Hanafi.

Turut bertanding dalam PRK ini calon mewakili parti PSM, Nik Aziz Afiq Abdul serta aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’.

Kerusi Dun Semenyih kosong selepas kematian wakil rakyatnya Bakhtiar Mohd Nor, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu di Hospital Kajang.

Hari mengundi bagi PRK Semenyih diadakan pada 2 Mac depan sementara pengundian awal ditetapkan pada 26 Februari ini. – HARAKAHDAILY 16/2/2019