24
Sat, Aug
21 Artikel Baru

'Back To School': Santuni warga Kinabatangan

Berita
Typography
KINABATANGAN: PAS Kawasan Kinabatangan telah mengadakan program sumbangan kebajikan 'Back To School' yang dilangsungkan di Servay Jaya, Batu 8, Bukit Garam, di sini hari ini.
 
Program amal bersama Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kinabatangan itu bertujuan membantu persediaan para pelajar dari golongan kurang berkemampuan dan anak yatim.
 
Mereka telah disantuni sendiri Yang DiPertua PAS Kinabatangan, Sairin Muyang dan Penyelia Dun Kuamut, Jumaidin Lakalla yang membantu para pelajar membeli keperluan masing-masing.
 
Setiap penerima diperuntukkan sumbangan bernilai RM100 bagi memenuhi kelengkapan berupa uniform, kasut, beg dan alat tulis persekolahan yang bakal bermula nanti.
 
Hasil sumbangan para dermawan dan penaja melalui PAS Kinabatangan itu bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara pemberi dan penerima, bahkan meringankan beban mereka. - HARAKAHDAILY 25/12/2018