20
Tue, Aug
29 Artikel Baru

Meminimumkan penggunaan plastik

Nasional
Typography

KERAJAAN digesa untuk memastikan penggunaan bahan berasaskan plastik di negara ini diminimumkan memandangkan penggunaan plastik yang tidak terkawal boleh menjejaskan kelestarian alam sekitar dan kesihatan awam.

Sungguhpun Kerajaan telah mengurangkan pengeluaran permit import (AP) sisa plastik kepada syarikat yang layak dan memenuhi syarat kelulusan ditetapkan serta memperkasa industri plastik tempatan dengan kerangka masa phase out dalam tiga tahun akan datang.

Saya menyarankan supaya Kerajaan terus mengkaji dan menyelidik setiap keputusan dan cadangan yang dipertengahkan agar tidak memberi sebarang implikasi pada masa akan datang.

Kerajaan juga perlu menggembleng tenaga dalam usaha menghapusan kilang-kilang plastik haram di seluruh negara dan memantau secara konsisten lesen premis perniagaan kilang plastik sama ada terdapat pelanggaran atau premis berkenaan berselindung di sebalik lesen membuat barangan plastik.

Saya menegaskan supaya Kerajaan juga perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana kilang yang tidak mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. – HARAKAHDAILY 11/12/2018