PAS komited bebas rasuah, salah guna kuasa

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Calon PAS bagi Parlimen Bangi, Ustaz Shafie Ngah menegaskan PAS komited untuk menjadi parti yang bebas rasuah dan salah guna kuasa.

Buktinya, kata beliau PAS mencagarkan rekod prestasi lalu yang mempunyai reputasi yang baik.

“Impian kita adalah untuk melahirkan pemimpin yang berkredibiliti dan berintegriti,” kata beliau dalam program Ceramah Umum Kempen PRU14 PAS Parlimen Bangi & Dun Sg Ramal di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Selain itu, ujarnya PAS menawarkan negara bebas GST mahupun SST yang membebankan rakyat.

Menurutnya, alternatif yang PAS akan tawarkan ialah cukai hanya kepada lebihan simpanan kekayaan orang berkemampuan.

“Sepanjang kita berkhidmat rekod parti kita bersih,” kata beliau.

Beliau menambah, kelebihan PAS ialah penggerak parti yang turun ke akar umbi, yang dekat di hati rakyat, sama di bandar mahupun kampung.

Justeru, ujar beliau PAS yakin menang kerana berjaya memberi khidmat yang terbaik dengaan jentera yang amat komited.

Beliau menambah PAS memiliki cawangan-cawangan yang bergerak aktif beserta organisasi yang cemerlang. – HARAKAHDAILY 4/5/2018