Keluh kesah pesawah angkara potongan padi

Berita
Typography

"DIA bagi kita RM 600, dia ambil banyak lagi. Adakah munasabah potongan padi sampai 25 peratus?"

Keluh sahabat sekampung saya yang mesra dipanggil Shafie merujuk kepada pemberian insentif RM 600 yang diagihkan kepada petani kelmarin ketika ditemui di Baruh Gong Macang, Bukit Tanah, Jabi petang tadi.

Baruh Gong Macang menyimpan nostalgia ketika kanak-kanak. Di sinilah tempat saya pernah membantu orang tua mengembala lembu.

"Kerajaan tipu kita. Bagi sikit, ambil semula banyak. Padahal padi kita molek. Takkan padi molek potong sampai 25 peratus. Kecuali kalau padi tak molek tak apalah nak potong banyak pun!

"Satu tan padi kita, bila sampai di kilang, Bernas akan potong sampai 250 kg! Tinggal hanya 750 kg. Sedangkan kita bayar upah mesin padi dan tambang lori dengan nilai satu tan," luah Shafie dengan nada kesal.

Isu potongan padi yang tinggi dah lama berlanjutan tanpa penyelesaian. Malah Shafie memaklumkan kilang-kilang padi swasta juga ditekan supaya patuh dengan kadar potongan padi oleh Bernas. - HARAKDAILY 27/4/2018