20
Tue, Aug
28 Artikel Baru

Pimpinan PAS santuni warga emas Lubok China

Berita
Typography
REMBAU: PAS Kawasan Rembau telah mengadakan aktiviti ziarah kasih warga emas di beberapa kampung sekitar Lubuk China, Dun Kota, di sini kelmarin.
 
Ziarah tersebut diketuai oleh Ahli Jawatankuasa PAS Rembau, Ishak Omar dan disertai Azamah Awang serta beberapa anggota Muslimat PAS Rembau.
 
Program ini bertujuan membantu mengurangkan bebanan kesempitan hidup di samping beramah-mesra terutama warga emas dengan menyampaikan sumbangan barangan dapur.
 
Antara warga emas diziarahi ialah Posah Udin, Wan Man dan Khatijah Ahmad yang masing-masing berusia antara 80 tahun hingga 90 tahun dan tinggal di Kampung Titian Akar. 
 
Rombongan turut mengunjungi bekas imam Masjid Lubok China, Abd Wahab Mustaman, 65 tahun yang sakit akibat serangan angin ahmar.
 
PAS turut simpati dengan kesempitan hidup keluarga Hanif Mohd Ibrahim yang bekerja sendiri, manakala isterinya bekerja di kilang di mana menyara tiga anak bersekolah.
 
Bagi mendokong usaha murni tersebut, PAS Rembau memerlukan sumbangan daripada orang ramai dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi 012-349 4042 (Ishak). -HARAKAHDAILY 6/4/2018