100 ahli Umno, PKR keluar parti

Berita
Typography

KOTA BHARU: Minggu ini semakin ramai ahli Umno serta PKR meninggalkan parti lama dan menyertai PAS.

Hari ini seramai 70 ahli Umno dan 30 ahli PKR menyerah borang menyertai PAS kepada Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Mereka diketuai mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Rawi Mohd Noor dari Dun Nengiri.

Beliau berkata hasratnya menyertai PAS tercetus apabila melihat keprihatinan dan komitmen parti itu berterusan berjuang memartabatkan Islam sebagai agama rasmi negara.

Katanya, Umno dan Barisan Nasional tidak lagi mampu untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

“Jauh sekali untuk memartabatkan agama Islam berdasar situasi yang berlaku sejak kebelakangan ini.

"Kehadiran kami petang ini hanya mewakili ratusan lagi ahli Umno bahagian Gua Musang yang bakal keluar Umno dalam masa terdekat," katanya di sini. – HARAKAHDAILY 3/4/2018