Pasang bendera bangkit semangat Pemuda

Berita
Typography
SIK: PAS Cawangan Batu Besar menyemarakkan semangat menuju PRU14 apabila menyempurnakan majlis menaikkan panji-panji PAS di sekitar tersebut, di sini malam kelmarin.
 
Usaha yang juga menjadi mesej terhadap siap siaga PAS itu dijayakan oleh para Pemudanya yang menerima penyerahan bendera daripada pihak Pemuda PAS Kawasan Sik.
 
Serahan diterima wakil Pemuda PAS Batu Besar, Jasni Musa itu susulan selepas program sembang ssntai dan bakar ayam yang dianjurkan di Cawangan tersebut.
 
Ketua PAS Batu Besar, Yusof Kasim menyifatkan penyerahan bendera itu menjadi simbolik kepada ukhuwah perpaduan dan kekuatan terutama kalangan Pemuda PAS di situ.
 
"Mereka (Pemuda) berkerja dari siang hari dengan menebang buluh, seterusnya membawa ke malam hari dengan memasang bendera padanya lalu memacaknya pula," puji beliau.
 
Sempena majlis itu juga turut diadakan taujihat khas disampaikan Ketua Penerangan Pemuda PAS Sik, Ustaz Shahiful Nasir kepada semua hadirin termasuk wakil Muslimat PAS Batu Besar.
 
Ustaz Shahiful juga menutup program penuh makna malam tersebut dengan menaikkan bendera PAS gergasi dan bacaan doa. - HARAKAHDAILY 16/2/2018