24
Sat, Aug
20 Artikel Baru

Infak dana untuk bantu gerak kerja PRU

Berita
Typography
SUBANG: PAS Cawangan Seksyen 7 Kota Damansara telah menganjurkan Majlis Hi-Tea Dana PRU14 N.39 yang dilangsungkan di PASTI Little Mukmin, Kota Damansara, di sini semalam.
 
Majlis yang bertujuan untuk mengumpulkan dana PRU14 bagi Dun tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Subang, Ustaz Zaharuddin Muhammad.
 
Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepentingan jentera berjuang untuk Islam dengan menunaikan kewajipan menginfakkan diri dan harta, selain memahami bahawa kurniaan kemenangan adalah hak mutlak Allah S.W.T.
 
Majlis turut disuntik semangat dengan kehadiran Pengarah Pilihan Raya PAS Subang, Zulkifli Tujuddin dan Ketua Muslimat PAS Subang, Siti Rohaya Ahad serta para pimpinan PAS Cawangan tersebut.
 
Hasil sumbangan dan jualan kupon majlis itu berjaya mengumpulkan dana sekitar RM4,500 dengan harapan infak tersebut bakal merancakkan lagi gerak kerja pilihan raya Dun itu dan mencapai kemenangan. - HARAKAHDAILY 4/2/2018